• POLISI PRIVASI

     

    Pengenalan

     

    B Fitness Asia Sdn. Bhd., anak-anak syarikat serta sekutunya termasuklah Babel Academy yang beroperasi di bawah jenama Babel (secara kolektifnya dikenali sebagai “Babel”) menghormati privasi dan penggunaan maklumat peribadi anda dalam usaha untuk memberikan pengalaman kesihatan yang terbaik untuk ahli-ahli kami. Polisi Privasi ini (juga dikenali sebagai “Polisi”) menggambarkan amalan privasi di Babel, yang merangkumi jenis-jenis maklumat peribadi yang dikumpul daripada ahli-ahli serta tetamu kami dan juga pengguna-pengguna laman sesawang kami iaitu https://www.babel.fit dan https://www.babel.education, platform-platform media semasa dan aplikasi muat turun mudah alih berjenama Babel (secara kolektifnya dikenali sebagai “Babel App”), bagaimana kami menggunakan maklumat peribadi ini dan dengan siapa kami berkongsi maklumat ini, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (juga dikenali sebagai “Akta”). Di dalam Polisi Privasi ini, bila kami merujuk kepada maklumat peribadi, kami merujuk kepada segala maklumat yang berkenaan dengan seseorang yang dikenalpasti atau seseorang yang boleh dikenalpasti.

     

    Dengan mengguna atau berinteraksi dengan Babel App, anda mengakui bahawasanya anda telah membaca, telah memahami dan telah bersetuju dengan Polisi Privasi ini serta memberi kebenaran atas pengumpulan, penggunaan dan pendedahan maklumat peribadi anda, seperti yang diterangkan di dalam Polisi Privasi ini.

     

    Mengenai Polisi Ini

     

    Polisi ini menerangkan butir-butir penting berkaitan dengan hubungkait maklumat peribadi anda dengan Babel. Polisi ini merangkumi semua produk dan perkhidmatan Babel, termasuklah semua barangan runcit dan makanan serta minuman dijual di bawah nama dagangan Babel (secara kolektifnya dikenali sebagai “produk dan perkhidmatan Babel”). Terma-terma yang berkaitan dengan penggunaan anda ke atas produk dan perkhidmatan Babel adalah diterangkan di dalam Terms and Conditions kami.

     

    Dari masa ke semasa, kami mungkin akan menghasilkan atau menawarkan produk dan perkhidmatan tambahan. Sekiranya pengenalan produk dan perkhidmatan baru ini menyebabkan kelainan dalam cara kami mendapatkan atau memproses maklumat peribadi anda kami akan memberikan lebih maklumat serta terma atau polisi tambahan mengenainya. Melainkan tidak dinyatakan sewaktu pengenalan perkhidmatan baru atau tambahan ini, ianya adalah tertakluk kepada Polisi ini.

     

    Matlamat Polisi ini ialah:

    • Memastikan anda memahami apakah maklumat peribadi anda yang digunakan, tujuan kami mengumpul dan menggunakannya serta dengan pihak yang kami kongsikan;
    • Menerangkan cara kami menggunakan maklumat peribadi yang anda kongsikan kepada kami untuk memastikan anda memperolehi pengembaraan kesihatan yang terbaik ketika anda menggunakan produk dan perkhidmatan Babel; dan
    • Menerangkan hak dan pilihan anda berkenaan dengan maklumat peribadi yang kami peroleh dan proses mengenai anda serta bagaimana kami akan melindungi privasi anda.

    Untuk maklumat lanjut berkaitan cara untuk menghubungi kami sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau keraguan, sila rujuk “Cara Menghubungi Kami” di bawah.

     

    Pengumpulan Maklumat Peribadi

     

    Kami menerima dan menyimpan maklumat mengenai anda, dari ketika anda dikenalpasti, termasuk namun tidak terhad kepada nama, kewarganegaraan, nombor dokumen pengenalan diri, alamat, nombor telefon, alamat emel, butir-butir kad kredit, sejarah dan cara pembayaran, jantina, tarikh lahir, latar belakang kewangan, pekerjaan anda, gambar anda, data berkaitan kesihatan serta senaman anda, dan mana-mana maklumat mengenai anda yang telah diberikan kepada Babel dalam penggunaan produk dan perkhidmatan kami, interaksi anda dengan Pusat Khidmat Pelanggan kami atau platform-platform media semasa rasmi, borang pendaftaran, borang permohonan atau mana-mana borang seumpamanya yang telah atau akan dikumpul, disimpan, digunakan serta/atau diproses oleh Babel dari masa ke semasa.

     

    Kami juga mengumpul maklumat mengenai anda dan penggunaan anda ke atas perkhidmatan kami, interaksi anda dengan kami dan juga pengiklanan kami, serta maklumat berkaitan komputer atau alat elektronik anda yang lain yang digunakan untuk mengakses perkhidmatan kami. Maklumat ini merangkumi:

    • Aktiviti anda di perkhidmatan Babel dan Babel App, seperti, tetapi tidak terhad kepada, penggunaan aplikasi, daftar masuk kelab, tempoh penggunaan, rekod pembayaran, perkembangan latihan, latihan peribadi serta penempahan kelas dan kehadiran, komposisi badan, kalori yang telah dibakar, jarak perjalanan, carian pertanyaan dan barangan runcit serta pembelian makanan dan minuman;
    • Interaksi anda dengan emel kami, pemberitahuan segera dan teks;
    • Butir-butir interaksi anda dengan Pusat Khidmat Pelanggan, seperti tarikh, masa dan tujuan menghubungi kami, mana-mana transkrip perbualan, dan sekiranya anda menghubungi kami, nombor telefon anda dan rakaman perbualan telefon;
    • ID alat elektronik atau pengenalpastian unik lain;
    • Pengenalpastian pengiklanan, seperti yang terdapat di dalam alat mudah alih, tablet, peralatan penyiaran media yang disertakan dengan pengenalpastian seumpamanya;
    • Ciri-ciri peralatan dan perisian (seperti jenis dan konfigurasi), maklumat hubungan, statistik paparan halaman, punca rujukan (sebagai contoh, rujukan URL), alamat IP (yang mungkin akan mengenalpasti lokasi umum anda), pelayar dan maklumat log server sesawang piawaian; dan
    • Maklumat yang dikumpul melalui cookies, penghantar isyarat laman sesawang dan teknologi lain, termasuklah data iklan (seperti maklumat mengenai ketersediaan dan penghantaran iklan, laman URL, serta tarikh dan masa).

    Selain daripada maklumat peribadi yang anda berikan kepada Babel secara langsung, Babel mungkin akan mendapatkan maklumat peribadi anda daripada sumber-sumber umum atau pihak ketiga, contohnya, dari:

    • Borang-borang permohonan atau pendaftaran, kaji selidik atau latihan yang diisi atau mana-mana borang lain yang seumpamanya;
    • Laman rasmi media sosial atau akaun Babel, sekiranya anda mengikuti, menyukai atau peminat laman-laman atau akaun seumpamanya;
    • Ketika anda berinteraksi dan berkomunikasi dengan Babel di mana-mana acara atau aktiviti atau pertandingan;
    • Mana-mana entiti lain yang memberikan anda perkhidmatan atau dengan sesiapa yang anda ada hubungan persetujuan dan mempunyai hak untuk berkongsi maklumat dengan Babel; atau
    • Pembekal perkhidmatan pengiklanan atau rakan-rakan kongsi.

    Semua ahli adalah diminta untuk memberikan maklumat peribadi mereka ke dalam pangkalan data kami melalui Babel App. Bagaimanapun, sekiranya anda tidak memberikan maklumat peribadi anda kepada Babel, Babel tidak berupaya memproses maklumat peribadi anda dan mungkin akan menyebabkan Babel tidak dapat memberikan perkhidmatan atau produk atau menerima bayaran daripada anda.

     

    Penggunaan Maklumat

     

    Kami menggunakan maklumat untuk memberi, menganalisa, mengendali akaun anda, menaiktarafkan dan mengkhususkan produk dan perkhidmatan kami serta usaha pengiklanan kami, untuk memproses pendaftaran anda, pembelian dan pembayaran anda, dan untuk menghubungi anda mengenainya dan topik lain. Sebagai contoh, kami menggunakan maklumat bagi tujuan:

    • Menjalankan kajian, menganalisa dan memahami demografik dan tingkahlaku ahli-ahli kami untuk membangunkan, menaiktaraf dan mengkhususkan produk dan perkhidmatan ke arah memperbaiki pengalaman anda bersama kami;
    • Membantu kami dalam memberi maklum balas pertanyaan dan permintaan anda dengan lebih berkesan;
    • Memproses pembayaran dan mencegah atau mengesan pemalsuan apabila anda membuat pembelian dengan kami. Sebagai contoh, pembayaran yang anda buat akan diproses oleh pembekal perkhidmatan yang telah dilantik oleh kami. Pendedahan kepada pembekal perkhidmatan berkaitan proses pembayaran ini diperlukan bertujuan untuk menjalankan transaksi pembelian yang telah dipilih oleh anda; dan
    • Memproses maklumat peribadi anda bagi tujuan yang lebih umum seperti bagi tujuan pengendalian keahlian dalaman, mengekalkan ciri-ciri keselamatan dan perlindungan produk serta perkhidmatan kami, dan demi mematuhi semua tanggungjawabnya di sisi undang-undang.

    Selain daripada penggunaan maklumat peribadi yang digaris di atas, anda mungkin akan menerima langganan risalah berita, pengumuman, kaji-selidik, bahan-bahan pemasaran dan atau promosi dari masa ke semasa. Bahan-bahan pemasaran dan promosi ini mungkin datangnya dari Babel atau melalui persetujuan dengan pihak ketiga, anda boleh memilih untuk tidak melanggan dengan memilih fungsi pembatalan langganan di bahan pemasaran elektronik atau dengan memberitahu kami di [email protected]. Sebagai peringatan sekiranya anda membatalkan langganan, kami mungkin akan masih menghantar pesanan-pesanan yang berkaitan dengan perkhidmatan kami, seperti pengumuman penting, pengendalian akaun seperti menetapkan semula kata laluan, resit pembayaran dan peringatan baki tertunggak. Anda boleh melanggan semula hanya dengan menghubungi kami di [email protected] pada bila-bila masa.
     

    Pendedahan Maklumat

     

    Kami akan memastikan maklumat anda adalah sulit dan tidak akan mendedahkannya dengan mana-mana pihak selain daripada pihak yang telah diarahkan oleh anda seperti di bawah:
     
    Keluarga Babel
    Kami berkongsi maklumat sesama keluarga syarikat Babel, anak-anak syarikat, syarikat-syarikat induk, syarikat-syarikat sekutu, atau yang berhubungkait dengan, atau syarikat-syarikat yang dikendalikan, atau dibawah kendalian bersama dengan Babel bagi tujuan; memproses dan menyimpan data; memberikan anda akses kepada perkhidmatan kami; memberikan sokongan pelanggan; membuat keputusan mengenai peningkatan perkhidmatan; pembangunan produk; dan juga untuk tujuan lain seperti yang dinyatakan di dalam bahagian “Penggunaan Maklumat” Polisi Privasi ini.

     

    Pembekal Perkhidmatan
    Kami menggunakan syarikat, ejen atau kontraktor lain (Pembekal Perkhidmatan) untuk melaksanakan perkhidmatan bagi pihak kami atau membantu kami dalam membekalkan perkhidmatan kami kepada anda dan mereka telah diamanahkan untuk memastikan maklumat anda adalah sulit, melainkan dia atau syarikat itu mempunyai hak yang sah ke atas maklumat tersebut. Sebagai contoh, kami mungkin akan melibatkan Pembekal Perkhidmatan untuk membuat pemasaran, pengiklanan, pemberitahuan, infrastruktur dan perkhidmatan IT, untuk mengkhususkan dan mengoptimumkan perkhidmatan kami, untuk memproses urus niaga kad kredit atau lain-lain cara pembayaran, untuk memberikan khidmat pelanggan, untuk memungut hutang, untuk menganalisa dan meningkatkan maklumat (termasuklah maklumat berkaitan dengan interaksi pengguna dengan perkhidmatan kami), dan untuk memproses dan mengendalikan tinjauan pengguna. Dalam urusan memberikan perkhidmatan seperti ini, Pembekal Perkhidmatan ini mungkin akan mengakses maklumat peribadi dan maklumat lain anda. Kami tidak membenarkan mereka untuk mengguna atau mendedahkan maklumat peribadi anda kecuali dalam urusan berkaitan dengan memberikan perkhidmatan mereka dan memerlukan mereka untuk memadamkan dan menghapuskan maklumat tersebut.

     

    Tawaran Promosi
    Kami juga mungkin akan menawarkan gabungan promosi atau program yang, demi penglibatan anda, memerlukan kami untuk berkongsi maklumat anda dengan pihak ketiga. Dalam menjalankan promosi jenis ini, kami mungkin akan mendedahkan nama anda dan berkongsi maklumat lain dalam melaksanakan saranan tersebut. Untuk pengetahuan anda pihak ketiga ini bertanggungjawab ke atas amalan privasi mereka sendiri.

     

    Pemindahan Perniagaan
    Dalam sebarang penyusunan semula, penstrukturan semula, penggabungan atau penjualan, atau mana-mana pemindahan aset, kami akan memindahkan maklumat, termasuklah maklumat peribadi, dengan syarat pihak penerima bersetuju untuk menghormati maklumat peribadi anda selaras dengan Polisi Privasi kami.

     

    Walau bagaimanapun, maklumat peribadi mungkin didedahkan untuk apa-apa tujuan melainkan seperti di atas sekiranya:

    • Pendedahkan adalah diperlukan bagi tujuan pencegahan atau mengesan jenayah, atau bagi tujuan penyiasatan atau telah diminta atau diarahkan oleh atau dibawah mana-mana undang-undang atau atas arahan mahkamah;
    • Babel bertindak dengan munasabah bahawasanya di dalam undang-undang kami mempunyai hak untuk mendedahkan maklumat peribadi kepada pihak lain;
    • Babel bertindak dengan munasabah bahawasanya kami mendapat persetujuan anda sekiranya anda tahu mengenai pendedahan maklumat peribadi dan keadaan bagaimana ia didedahkan; atau
    • Pendedahan itu adalah wajar untuk kebajikan umum dalam keadaan itu seperti yang telah ditentukan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam melindungi maklumat peribadi tersebut.

    Anda juga boleh memilih untuk mendedahkan maklumat anda dengan cara dibawah, namun tidak terhad kepada:

    • Semasa menggunakan Babel App, anda mungkin berpeluang untuk memberikan pandangan, maklum balas atau maklumat-maklumat lain secara terbuka, dan pihak ketiga boleh menggunakan maklumat yang anda telah dedahkan;
    • Sesetengah bahagian perkhidmatan kami mungkin mempunyai alat yang akan memberikan anda pilihan untuk berkongsi maklumat melalui emel, pesanan teks dan media semasa, di dalam Babel App atau mana-mana aplikasi kongsian lain, menggunakan pelanggan dan aplikasi pada peralatan pintar anda; dan
    • Plugin media semasa dan teknologi seumpamanya membolehkan anda berkongsi maklumat. Plugin dan aplikasi media semasa adalah dioperasi oleh rangkaian media semasa itu sendiri, dan tertakluk kepada terma penggunaan dan polisi privasinya sendiri.

    Ketepatan Maklumat Dan Hak Anda Mengakses Maklumat

     

    Semua ahli adalah diminta untuk mengisi maklumat peribadi mereka ke dalam pangkalan data melalui Babel App. Demi memastikan ketepatan maklumat yang dikumpul adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini, kami telah mereka ruang-ruang tertentu dengan tetapan, sekiranya berkaitan, untuk mengurangkan kesilapan, maklumat yang salah dan borang-borang yang tidak lengkap. Kami juga akan menghantar pemberitahuan segera secara berkala untuk mengingatkan anda untuk menyemak semula kesahihan maklumat anda. Dalam situasi di mana kami mendapati bahawa maklumat yang diberikan adalah tidak mencukupi atau tidak tepat, kami akan menghubungi anda secara bertulis untuk meminta anda memberikan maklumat lanjut atau menyemak semula maklumat yang terkini sekiranya perlu.

     

    Walau bagaimanapun, anda mempunyai hak ke atas maklumat anda. Anda boleh meminta untuk mengakses maklumat peribadi anda dan membetulkan atau mengemaskini maklumat yang lama atau maklumat yang tidak tepat yang kami ada mengenai anda, melainkan menuruti permintaan untuk mengakses atau pembetulan adalah tidak dibenarkan oleh mana-mana Akta. Anda boleh melakukannya dengan mengunjungi ruang “Akaun” di Babel App, di mana anda boleh mengakses dan mengemaskini maklumat mengenai akaun anda.

     

    Kami boleh menolak permintaan yang tidak munasabah atau tidak diperlukan oleh undang-undang, termasuklah yang terlampau tidak praktikal, memerlukan usaha teknikal yang tidak berbaloi, atau boleh mendedahkan kami kepada risiko pengoperasian seperti penipuan percubaan percuma.
     

    Perlindungan Maklumat Peribadi Anda

     

    Babel memastikan bahawa semua maklumat yang dikumpul adalah disimpan dengan selamat dan terjamin. Kami melindungi maklumat peribadi anda dengan melaksanakan langkah-langkah berjaga secara teknikal dan secara berorganisasi yang direka untuk memberikan tahap keselamatan yang setimpal dengan risiko dalam memproses maklumat peribadi anda. Langkah-langkah tersebut adalah, namun tidak terhad kepada, yang berikut:

    • Membenarkan akses kepada maklumat peribadi hanya dengan kata laluan
    • Mengekalkan produk teknologi bagi mencegah akses komputer tanpa kebenaran
    • Memusnahkan maklumat peribadi and dengan selamat apabila ia tidak lagi diperlukan bagi tujuan penyimpanan rekod kami
    • Semua data dipindahkan dari satu ke satu penerima penyulitan SSL dan disimpan dengan menggunakan 256 bit Piawaian Penyulitan Lanjutan. Bagi format bentuk bercetak, dokumen-dokumen ini akan difailkan dan dikunci di kabinet-kabinet khas; dan
    • Dari perspektif pengguna, kata laluan anda akan melindungi akaun anda, kami menggalakkan anda menggunakan kata laluan yang unik dan sukar dan menghadkan akses kepada peralatan mudah alih atau komputer anda.

    Langkah-langkah berjaga-jaga ini direka untuk memberikan tahap keselamatan yang setimpal dengan risiko dalam memproseskan maklumat peribadi anda, walau bagaimanapun, sebagai peringatan tiada sistem yang terlindung sepenuhnya.
     

    Pengekalan Maklumat Peribadi

     

    Kami menyimpan maklumat peribadi anda selama yang diperlukan bagi memberikan produk dan perkhidmatan kami kepada anda dan untuk tujuan perniagaan yang sah dan penting, seperti mengekalkan kualiti dan prestasi produk dan perkhidmatan kami, membuat keputusan permiagaan yang cenderung kepada data, mematuhi tanggungjawab perundangan kami, dan menyelesaikan pertikaian.

     

    Atas permintaan anda, kami akan memadamkan atau merahsiakan maklumat peribadi anda supaya ia tidak lagi mengenalpasti anda, melainkan, kami dibenarkan oleh undang-undang atau diminta untuk mengekalkan sebahagian maklumat peribadi, termasuklah dalam situasi berikut:

    • Sekiranya ada isu-isu yang tidak selesai berkaitan dengan akaun anda, seperti baki tertunggak pada akaun anda atau tuntutan atau pertikaian yang tidak selesai kami akan mengekalkan maklumat peribadi anda sehingga isu-isu ini selesai;
    • Keadaan di mana kami diperlukan untuk mengekalkan maklumat peribadi anda untuk keperluan perundangan, cukai, audit, dan perakaunan, kami akan mengekalkan maklumat peribadi yang diperlukan dalam tempoh yang diperlukan oleh undang-undang yang berkenaan; dan/atau
    • Keadaan di mana ianya perlu bagi kepentingan perniagaan sah kami bagi tujuan pencegahan penipua atau mengekalkan keselamatan pengguna-pengguna kami.

    Permintaan seumpamanya boleh dibuat dengan menghantar emel kepada kami di [email protected].

     

    Pengemaskinian Kepada Polisi Ini

     

    Kami akan membuat perubahan kepada Polisi ini atas keperluan pertukaran perundangan, peraturan dan pengoperasian dari masa ke semasa. Sekiranya kami membuat perubahan ke atas bahan Polisi ini, kami akan memberitahu ahli-ahli kami bersesuaian dengan keadaan, sebagai contoh, dengan memaparkan notis yang jelas secara digital atau fizikal atau dengan menghantar emel kepada anda.

     

    Penggunaan berterusan anda ke atas produk dan perkhidmatan Babel selepas perubahan tersebut berkuat kuasa akan membentuk persetujuan dan (di mana berkenaan) penerimaan ke atas perubahan tersebut. Dengan demikian, kami menggalakkan anda untuk membaca mana-mana notis pemberitahuan dengan teliti.

     

    Sekiranya anda tidak bersetuju atau tidak menerima mana-mana perubahan kepada Polisi ini, anda boleh menghubungi kami di [email protected] untuk memaklumkan kepada kami mengenai maklum balas anda dan/atau menamatkan keahlian anda dengan kami. Untuk melihat kali terakhir Polisi ini dikemaskini, sila rujuk “Kali Terakhir Polisi Privasi Ini Dikemaskini” di bawah.

     

    Cara Menghubungi Kami

     

    Terima kasih kerana membaca Privasi Polisi kami. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklum balas mengenai Polisi ini atau mempercayai bahawa privasi anda telah dicerobohi, sila hubungi kami di [email protected] atau dengan menggunakan borang “Hubungi Kami” di laman sesawang kami https://www.babel.fit/contact-us atau https://www.babel.education/contact-us atau dengan menulis kepada kami di alamat berikut:

     

    B Fitness Asia Sdn. Bhd.
    Lot 03-06, Level 3, Menara KEN,
    Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail,
    60000 Kuala Lumpur, Malaysia.
     
    Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada keluarga Babel!

     

    Kali Terakhir Polisi Privasi Ini Dikemaskini Ialah Pada:
    13 September 2018

     

    (Dalam mana-mana keadaan di mana konflik didapati di antara versi Inggeris dan versi bahasa lain, versi Inggeris adalah mutlak untuk digunapakai)

    EN | BM

All Posts
×
fbq('track', 'Search');